Monday, October 16, 2006

MESYURAT AGUNG KE-28

Pada 23hb Ramadhan 1427H (16hb Oktober 2006) telah berlansungnya mesyuarat PKKIM yang ke 28 di Pusat Promosi MARDI.Mesyuarat tersebut telah di rasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) Dr. Sharif Haron.Terlebih dahulu kata kata telah di sampaikan oleh Yang DiPertua (YDP) Tuan Hj.Rahman Yassin.YDP telah menyarankan agar MARDI menjalankan program penerapan nilai nilai kepada semua pegawai pegawai baru dan lama bagi mempertingkatkan modal insan diMARDI.Banyak aktiviti telah dijalankan oleh persatuan termasuk bantuan kepada mereka yang misikin, mengalami musibah dan mualaf baru. Program Skim Galakan Pelajaran, Ceramah mingguan dan bulanan, Kutipan Ramadhan dan Tabung Palestin, Meraikan bakal bakal haji dan lain lain lagi.

Mesyuarat telah sebulat surau memilih Ahli JawatanKuasa yang lama di kekalkan kecuali AJK Bendahari yang akan bersara tidak lama lagi ia itu Hj Shafie Ahmad digantikan oleh Hj.Tuan Kob Tuan Mat. Senarai AJK akan diedarkan tidak lama lagi.

Turut menjaya mesyuarat kali ini ialah Penceramah Dr.Sharifah Hayati AlHasbi dari Universiti Malaya dengan ceramah bertajuk AlQuran: Cabaran Semasa. Beliau telah mempergingatikan kaum muslimin dan muslimat agar jangan lalai dalam mengendalikan kehidupan seharian sebagai orang mukmin. Rahmat Allah kepada umat Muhamad ialah Quran. Mukjizat terbesar itu mestilah dibaca, difahami dan dipakai.Jangan ambil tidak peduli kepada didalam AlQuran mengandungi ilmu yang tidak terbilang banyak. Rahmat Allah itu terutamanya di bulan Ramadhan diumpama seperti "hujan yang turun mencurah curah dari langit".




Tuesday, October 03, 2006

UMAT ISLAM

Assalamualaikum wrt;

Saudara Muslimin dan Muslimat;

Masa begitu cepat meninggalkan kita. Walaubagaimanapun cabaran demi cabaran telah mencabar umat Islam masakini. Sejak awal tahun bermula umat Islam telah di perlihatkan berbagai bagai isu samada ditanah air kita atau oleh kuasa kuasa besar.

Bermulanya perayaan beberapa tahun kebelakangan ini dengan ’kongsi raya’, depa raya’ dan bermacam macam konotasi umat Islam dinegara kita telah terkeliru dengan keadaan ’raya ’ seperti ini. Walauapun kita menganggapnya tidak mempunyai apa apa kaitan dengan ugama kita tetapi implikasi nya jauh lebih besar bagi generasi kita yang akan datang.

Apa yang kita hendak bangkitkan disini serangan ialah Islam Pluralisme atau Liberalisme yang telah menularka masuk kedalam tanah air kita secara kebetulan atau senyap senyap. Konsep ini amat merbahaya kerana ia menganggap agama agama adalah sama dan setaraf dengan ugama Islam. Sedangkan didalam Al Quran Surah AlMaidah Ayat 3 ”Pada hari ini , telah Ku sempurnakan untuk mu dan telah Kucukupkan kepada kamu ni’matKu dan Kuredhai Islam itu menjadi itu menjadi agama kamu ’.
Menurut alim ulamak dinegara kita, pemahaman pluraralisme seperti berlaku di Indonesia telah menyebabkan munculnya pendapat pendapat yang kontroversi mengenai Islam.Namun begitu juga kita telah mendengar banyak isu berkaitan dengan yang bertentangan dan mencabar kedaulatan ugama kita. Menurut Mufti Perak isu isu mencabar tersebut termasuk gagasan agar Quran dinilai semula dan diolah semula; merayakan perayaan perayaan ugama lain demi perpaduan, mengkritik pengkuatkuasaan undang undang moraldikalangan masyarakat pembelaan terhadap penganut penganut ajaran sesat, kebebasan memilih ugama dan penubuhan Inter Faith Commision (IFC).

Nun jauh di Timur Tengah kita saban hari melihat kebiadapan kaum Yahudi Laknatullah itu menzalimi dan membunuh orang orang Arab Palestin.Tidak cukup itu di Iraq pula umat Islam berperang sesama sendiri angkara pencerobohan Amerika.

Baru baru ini pula ketua ugama Nasrani Laknatullah Pope Benedict menuduh Nabi s.a.w. membawa ajaran Islam dengan kekerasan dan paksaan bukan nya dengan cara berdakwah.

Benar sekali seperti yang dinyatakan di dalam Al Quran bahawa ”orang orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti ugama mereka ” (Al Baqarah:120).

Muslimin Muslimat;

Fenomena fenomena yang kita lihat hari memerlukan umat Islam bersatu padu dan merapatkan saf atau jurang diantara kita. Kita janganlah berpecah belah dan mencari kesalahan orang lain. Kita mestilah memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat kita dengan memegang teguh dengan prinsip prinsip Islam yang kita amalkan disamping semangat juang yang tinggi demi keutuhan ugama, bangsa dan negara kita. Kita mesti mengasuh anak anak kita supaya menjadi orang orang berilmu pembela bangsa dan ugama bukan nya anak anak yang suka berpoya poya, kaki dadah, rokok dan berbagai bagai masalah sosial. Dengan melihat isu isu hari ini kita sebagai umat Islam mesti insaf ; sensitif dan jangan alpa kerana musuh sentiasa ingin menjahanamkan kita samada dari luar atau dalam. Fikirkanlah.

Monday, October 02, 2006

TAZKIRAH RAMADHAN

Didalam Bulan Ramadhan ada lima perkara yang sangat istimewa;

1. Segala kebaikan terkumpul didalam bulan ini.

2. Segala ketaatan hanya kepada Allah.

3. Segala dosa dihapuskan olleh Allah

4. Segala dosa diampunkan Allah

5. Syurga rindu kepada orang rang beribadat.

Hendak lah kita

1.Senantiasa mengikuti majlis ilmu.

2. Kekalkan sembahyang berjemaah

3. Taat kepada ibu bapa.

4. Menziarahi rakan ibu bapa (sekiranya ibubapa sudah meninggal- bertanya khabar)

5. Menolong orang lain

Ganjaran Allah hanya pada diakhirat kerana;

1. Dunia ini bukan untuk balasan yang hakiki.
2. Dunia terlalu sempit untuk ganjaran Allah
3 Allah hendak memberi ’suprise’ diakhirat nanti sesiapa yang membuat kebaikan selama lamanya.

Ganjaran Allah – sekiranya sedeqah RM 1.00

Bulan Pengiraan Jumlah

Rejab RM 1 x10 x70 x700 RM490,000
Syaaban RM 1 x 10 x700x700 RM 4.9 JUTA
Ramadhan RM 1 x10 x1000x7000 RM70.0 JUTA

Tujuh perkara yang hendaklah dilakukan.amalan setiap hari.

1. Mengerjakan solah wajib dan sunat. Solat sunat 9 jenis termasuk Sunat dhuha;rawatib;tahajud, taubat,hajat,tarawih;tasbih setiap hari.
2. Membaca AlQuran sekurang kurangnya 100 ayat– termasuk membaca maknanya sekali
3. Berzikir dan beselawat keatas Nabi
4.Senantiasa bersedaqah walaupun sedikit. Latih anak anak bersedeqah
5. Ikuti majlis ilmu
6.Mengadakan ’post-mortem;’ diri sendiri setiap hari .Check lisan, mata, telinga , perut dan lain lain tentang apa yang telah kita lakukan.
7.Doa – meminta ampun kepada Allah. Ampun dosa dosa kita, diterima segala amalan kita pada hari tersebut. (Elok dilakukan selepas sembahayang sunat hajat)..