Tuesday, June 13, 2006

LOGO PKKIM

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.


1. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

2. Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

3. Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

4.Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?
Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

WIRID WAJIB HARIAN UNTUK MENDAPAT WARID ALLAH

1.Solat Jama’ah - Di samping pahala 27 darjah, setiap kali jemaah mengaminkan bacaan Imam para Malaikat sama ikut mengaminkan nya.Bererti kalau malaikat memohon pada Allah pasti mendapat perhatian Bagi kaum wanita dikecualikan kerana istimewa nya mereka dengan melayan suami mendapat pahala sembahyang sunat 1 tahun

2.Solat Sunat
a) Sunat wuduk - jika ada majlis ilmu, lebih
b) Sunat tahyatul masjid, aula jika terus duduk & mengikuti pengajian kerana belajar itu lebih baik dari 1000 rakaat solat sunat dgn meninggalkan 2 solat sunat itu kita harus membaca wirid berikut:
“Subhanalloh,walhamdulillah,walailahailllah wallohuakbar “ 4x
dan di sudahi dng “ lahaulawalaquwataillabillah……………………...
wirid di atas menyamai dengan sunat tahyatulmasjid.

c). Solat sunat Rowatib – mengiringai setiap solat fardu
d). Solat Witir - setiap malam
e). Solat Tahajjud - setiap malam
f). Solat Dhuha - setiap hari 8 pg sampai zohor
g). Solat Taubat - setiap malam
h). Solat Hajat. - Setiap malam
i) Solat tasbih - seminggu sekali


3. Membaca Quran – minimum100 ayat setiap hari

4. Zikrullah – Bacaan khusus setiap hari dari Juma’at hingga khamis
Jumaat Ya Allah
Sabtu Lailahaillalloh
Ahad Ya Haiyuyaqaiyuum
Ithnin Lahaulawaala
Selasa BerSolawa t atas nabi
Rabu Astagfirulloh…..
Khamis Subhanollahil azeem wabihamdihi

5. Sedekah - Di niatkan supaya pahala nya sampai kepada kedua ibubapa, mertua, datuk nenek dan saudaramara yang telah pergi.Setiap RM 1.00 Allah beri ganjaran 700 pahala

6. Majlis Ilmu menghadiri majlis majlis ilmu, selain menambah pengetahuan setiap majlis ilmu akan di sertai sama oleh para malaikat.


Petikan dari Kuliah Zohor Ustaz Wahiden Sukarno
Surau MNI 09/03/2005

BERSELAWAT TANDA SYUKUR

Selawat kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW amat digalakkan dalam Islam malah ada ketikanya diwajibkan contohnya di dalam solat. Umat Islam di anjurkan berselawat bukan sahaja pada setiap kali menyambut hari kelahirannya malah pada setiap masa
Berselawat bermakna berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada Rasulullah SAW. Doa ini bertujuan antara lain bagi mengenang jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walau pun Baginda sudah wafat. Perkara ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud, katanya bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepada ku maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang aku dapati jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu”.
Berselawat juga menunjukkan tanda syukur kita kepada Allah SWT kerana menurut hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Abu Daud bahawa Abu Hurairah pernah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang tidak syukurkan dan tidak mengenangkan budi yang dibuat orang kepadanya adalah orang yang tidak menghargaai dan tidak mensyukuri nikmat Allah”.
Dengan itu marilah kita berdoa agar kita menjadi umat yang sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW disamping berzikir dan memuji akan kebesaran Allah SWT. Amin.

Mohd Rasali Musa
Ketua Biro Dakwah
PKKIM 2005/06

Bersabar Dalam Berdoa



Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Maka renungkanlah sejenak hadist ini. Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:?Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.? Lalu baginda ditanya oleh seseorang:?Apa maksudnya meminta dicepatkan??Jawab baginda:?Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:?Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.? Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: ?Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa. Disediakan oleh : Mohd Zaher Bin Mohd Noor Exco PKKIM (Biro Ekonomi)

Monday, June 12, 2006

KATA KATA ALUAN YDP -PKKIM 2006

Alu-aluan Yang Dipertua PKKIM

Assalamualaikum wr wb

Rabiul Awwal menjelma lagi dan ketibaannya mengingatkan kita kepada tarikh keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s a w. Sambutan di seluruh Negara dilaksanakan, sama ada di peringkat nasional, negeri, daerah dan juga karyah. Masjid surau, sekolah dan pejabat akan meraikannya dengan pelbagai acara. Pastinya sambutan ini mengingatkan kembali kisah perjuangan Baginda dan mengharapkan agar kita lebih memahami dan menghayatinya dengan bersungguh hati.

Tidak ada jalan lain yang terbaik selain meningkatkan iltizam kita untuk beramal dengan lebih sempurna dan mematuhi segala ajaran yang dibawa Baginda, sama ada suruhan maupun tegahan. Inilah satu-satunya benteng ampuh yang pastinya akan menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat. Dengan itu akan menguatkan azam kita mengabdi diri kepada Allah s w t. Perbanyakkanlah salawat kepada Baginda s a w, mudah-mudahan akan memberi kelapangan kepada hidup kita dan memberi syafa’at di Hari Akhirat kelak. Perhatikanlah peranan dan kelebihan Salawat ke atas Rasulullah s a w sebagaimana yang diperoleh dari salah satu kuliah agama:

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

1. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

2 Berkata pula Mikail A.S. "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

3. Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

4. Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharap kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.


Wassalau’alaikum warahmatullah.